Monday, February 28, 2011

“ADAKAH DIA BENAR-BENAR MENCINTAIKU?”

“ADAKAH DIA BENAR-BENAR MENCINTAIKU?”

Setiap individu mempunyai cara berbeza dalam menyampaikan isi hatinya. Ada yang suka berterus-terang melalui kata-kata, ada yang mebuktikannya melalui perbuatan atau perilaku dan ada pula yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kumpulan ketiga inilah yang selalunya mengakibatkan pasangannya berkecil hati atau terasa seperti tidak dihargai sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. Bagaimana jika pasangan anda juga termasuk dalam kumpulan ketiga ini?? Jangan bimbang kerana…

1.     Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan alasan punca dia mencintai anda. Yang dia tahu, di mata dia andalah satu-satunya.
2.    Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan pujian tetapi di dalam hatinya anda adalah yang tebaik dan hanya dia sahaja yang tahu.
3.    Orang yang mencintai anda tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin anda mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang bahagia kepada anda.
4.    Orang yang mencintai anda mungkin tidak mengingati tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun anda tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap mencintai anda.
5.    Orang yang mencintai anda mungkin tidak mahu melafazkan “aku mencintaimu” dengan begitu mudah kerana segala yang dia lakukan untuk anda melalui perbuatan adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya mencintai anda.
6.    Orang yang mencintai anda selalunya berusaha membuatkan anda tersenyum dan tertawa walaupun kadangkala caranya membingungkan.
7.    Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau mengeluh jika anda tidak mebalas pesanan atau panggilannya kerana dia peduli dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi pada anda.
8.    Orang yang mencintai anda hanya menjatuhkan air matanya di hadapan anda. Ketika anda mencuba untuk menghapus air matanya, anda telah menyentuh hatinya dan hatinya selalu berdegup untuk anda.
9.    Orang yang mencintai anda akan mengingati setiap kata yang anda ucapkan, bahkan yang tidak disengajakan dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada waktunya.
10.  Orang yang mencintai anda akan membalut hati anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan anda apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa menyakiti hatinya sendiri.

     Terima kasih kepada info pesona dan jika si dia merupakan teman hidup anda tergolong dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata-kata tentang sejauh mana dia menyintai anda, maka bersyukurlah kerana dia kini telahpun menjadi milikmu…

SEJAUH MANA BERTAHAN PANGGILAN MANJA???

SEJAUH MANA BERTAHAN PANGGILAN MANJA???

 Pada hari-hari biasa ada pasangan menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘darling’ tetapi apabila bergaduh keadaan bertukar menjadi sebaliknya. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘kau’ , ‘engkau’, ‘perempuan’ dan ‘jantan’. Ini akan menyebabkan pasangannya merasakan dirinya begitu rendah sekali.
Walau bagaimanapun perasaan dan keadaannya sekali pun, apa kata setiap pasangan kekalkan panggilan yang sama terutamanya sewaktu bertengkar, sudah pasti pertengkaran dan api kemarahan dapat dikawal dan keadaan akan menjadi lebih reda. Ia ibarat ‘kata-kata ajaib’ yang akan mencairkan hati si dia. Apatah lagi ianya dilontarkan dengan nada yang lembut dan manja.
Sampai hatikah pasangan anda hendak melanjutkan pergaduhan andainya anda menjawab seperti ini:
·        “Sampai hati Sayang buat Baby macam tu..Kenapa Sayang?”
·        “Papa dah tak sayangkan Mama ker. Kenapa buat Mama mcm ni?”
·        “Dear kenapa nie, Darl ada buat salah ker?”
Wah, dengan cara seperti ini pasti pasangan anda tidak smpai hati untuk melukakan hati anda dan melanjutkan pergaduhan lagi. Percayalah. Tapi apa yg dapat kita perhatikan sekarang ramai pasangan apabila sakit hati dan geram dengan pasangan akan mengeluarkan kata-kata yang kasar sewaktu berlakunya perselisihan faham. Umpamanya:
·        “Sampai hati engkau buat aku mcmni. Kenapa?”
·        “Engkau nie dah tak sayang aku lagi ker?”
·        “Hei perempuan, aku dah tak tahan dengan perangai kau?”
Ingatlah bahawa setiap panggilan ikhlas yang anda lafazkan buat pasangan anda memberi makna yang mendalam terhadap dirinya.
Sekian, terima kasih dari saya…info terbaik dari Info Pesona.


Tuesday, February 15, 2011

InterNet Punya PasaL...isHhh..

Harini mood nak merepek...eh apa aku merepek nie..stop it ok..
Sebenarnya nak share cite tentang kebiasaan org2 kita skrg nie..apa yg menjadi kewajipan setiap manusia di dunia skrg nie selain makan, minum, tido dan tido lg???tentuler mengadap laptop or desktop..ok..mengadap jer tak berapa sesuai…yg lebih ok disebut mengadap laptop smbil melayari internet..ok…
Contoh terdekat aku..sedang menulis ntahapa2ntah di dlm blog sendiri..
Kesan penggunaan internet nie ada bnyak baik dan ada bnyak buruk..(ada mcm cikgu bahasa melayu bg isi karangan kat student dia tak??)…hahaha
Pernah satu masa dulu bila aku mencapai keadaan tidak sedarkan diri di mana aku telah on9 selama 12 jam tanpa henti…satu pencapaian terbaik bg org yg tgah kebosanan duk kat umah tak tau nak watpe..
Nak masak tau tp mama dah masakkan..hee..nak men game tak retile men psp tu..
Nak membaca novel cnfirm tak lama..alih2 novel tu baca kita..hahaha
Nak berjogging..tentuler tidak coz perasaan badan dh slim tak yah nk jogging2 melampau ni..mana info dia pakai ntah..
Nak merayap cnfirmler time nie tgah pokai atau kata lennyer takde member nak diajak kluar coz diorg sume pun sama tgah pokai ujung2 bulan..
Nak dating..ahhah..baru jumpa takbleh2…kunun2 nak bg rindu tahap giler br jumpa lg sekali..
So apa lg bleh buat kalau bukan ber’on9’..kadang2 takde wat apa2 pun tulis blog beberapa rangkap dah sejam berlalu..yele..org tak pro lg..taip sebijik2..kihkih
Download2 lagu smpai habis sume lagu didownloadnyer ..tak menyokong langsung artis Malaysia..beli2 ler vcd ori nie..hehe
Buka fb..yg nie buka sekejap je nie…hoho..yele..dah 12 jam..cepatnyer masa berlalu kan..
Bila cakap tntang masa toleh jam kat dinding jap..
Opss.. dh 2 jam dh taip nie..patut rasa lapar..nak g mkn dulu r..cont nnti2 k…papai..=)

Thursday, February 10, 2011

5 perkara TUNANG saya perlu faham tentang WANITA seperti saya

5 perkara TUNANG saya perlu faham tentang WANITA seperti saya..nGeee
Kadang2 tunang saya ada bertanyakan soalan2 yg saya rasakan nak tergelak pun ada..tp betuller lelaki nie tak berapa faham dengan hati wanita yang terkadang sejuk seperti air batu, terkadang panas seperti gunung berapi yang baru meletuskan lahar apinya. Walau apa jua konotasinya, tunang saya perlukan sedikit bantuan untuk memahami saya..=p



1.     MENGAPA TEMAN WANITA/TUNANG SAYA SUKA BERGAYUT DI TELEFON BERJAM2 LAMANYA?
Saya ni seorang wanita yang mana memiliki cakupan topik yg lebih luas (bayangkan jika saya mahu bercakap tentang segala-galanya. Daripada kisah artis, makanan, kasut baru, gincu, tudung baru, tentang keluarga, kawan2 dan akhir sekali tentang awakler mr.tunang termasuk sekali dalam topic.heee. Lagipun saya percaya keintiman menerusi telefon merupakan salah satu kaedah terbaik untuk mempertahankan perhubungan. Benar atau tidak???

2.    MENGAPA WANITA SUKA BERGOSIP?
Eh mana ada???tidak semua wanita suka bergosipler.. Saya punya sebab untuk bercakap kerana saya perlu tahu apa-apa yang berlaku di persekitaran saya. “Ingat wanita sememangnya dibekalkan dengan naluri suka mengorek rahsia, juga keinginan untuk menggali dan mencari ‘sesuatu’ yang tersembunyi daripada berpuas hati dengan melihat permukaannya sahaja.hahaha..nak buat mcmana kan?

3.    MENGAPA TEMAN WANITA/TUNANG SAYA CEMBURUKAN KAWAN WANITA SAYA?
Cemburu adalah manifestasi tidak sengaja yang tercetus daripada rasa kasih dan sayang bagi seorang wanita terhadap pasangannya. Bukan cemburu buta atau tidak percaya tetapi fikirannya selalu memikirkan tentang masa si lelaki yang ‘dicuri’ oleh kawan-kawan wanitanya. Maka kerana itulah cemburu terbenih. Lagipun apa org kata cemburu tandanya kan sayang…that’s why ler sy cemburu tau..=)

4.    MENGAPA TEMAN WANITA/TUNANG SAYA KUAT BERBELANJA?
Tidak seperti lelaki, wanita memerlukan 10 pasang kasut untuk disesuaikan dengan aktiviti sosialnya, dan wanita juga memerlukan 10 helai shawl untuk disesuaikan dengan warna bajunya. Itu hanyalah sekadar contoh apabila awk tnya saya kenapa nak kene beli shawl bnyak2 nie..baru semalam beli 5pasang..lalalala=p
Namun lelaki harus ingat wanita ialah pemegang kunci perbelanjaan dapur dan wanita juga adalah orgnya yang menata masa depan rumah, drpd soal pemilihan langsir, alas meja, pelapik sofa sehinggalah ke pasu bunga. Awk tentu tak nak fikir benda alah yg remeh2 nie kan…kali ni saya betul tak???

5.    MENGAPA TEMAN WANITA/TUNANG SAYA SELALU BERLETER?
Berleter???eh takler..itu cakapjer…lagipun itu adalah medium untuk wanita melempiaskan sepenuh perasaan terhadap lelaki. Malah bnyak wanita mengakui terpaksa berleter kerana itu saja caranya untuk menembusi tembok ego lelaki yang enggan mendengar nasihat, enggan menerima pendapat, malah enggan mengakui kesalahan sendiri.

Terima kasih kepada info pesona dan kepada wanita di luar sana yang bersetuju dengan saya sila tekan button’like’…hehehe

Panduan Untuk Bakal Pengantin Perempuan Seperti Aku

Panduan Untuk Bakal Pengantin Perempuan Seperti Aku..hehe
1.     Jangan berbohong dengan suami kerana dengan cara ini, suami meragui kejujuran dan berprasangka buruk terhadap diri kita. Perkara ini adalah racun kehidupan rumahtangga. Oh no..no takkan sesekali..
2.    Jangan terlampau mengikut perasaan kerana ia menjadikan rumahtangga seperti neraka. Tapi kalau time pain period macam mana yer???
3.    Jika suami anda seorang yang cemburu..kita tidak perlu berlebihan berdandan atau berhias diri..heee
4.    Walaupun dengan niat baik, kita perlu berhati-hati ketika memuji orang lain di hadapan suami kita.
5.    Jangan makan sehingga terlalu kenyang kerana ia boleh merosakkan kecantikan paras rupa. Ingat tu..adui takutnyer jadi citbun..
6.    Kegembiraan kita berkait rapat dengan kegembiraan suami kita. Jika kita dapat membahagiakan suami, maka dia dapat membehagiakan kita. Oleh itu berhati2 agar tidak berlaku kebencian antara diri kita dan suami.
7.    Taat dengan suami dan hindarkan percakapan yang bersifat olok2, mengejek dan perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana itu adalah kunci perceraian.. tp kalau cemburu2 manja ok kot..ngee.
8.    Jaga kesihatan diri dan jauhi daripada penggunaan alat2 kecantikan yang bleh merosakkan kesegaran wajah dan kemanisan air muka kita..selalu aku guna pencuci, pelmbap dan toner..3 benda asas  ni penting tau..
9.    Lakukan kerja dan kewajipan kita dengan tabah n sabar
10.  Aturkan urusan rumahtangga dengan baik dan elakkan daripada orang lain mengetahui rahsia kita.

Sekian, terima kasih dari saya…info terbaik dr majalah PENGANTIN


Mental Dan Fizikal..Kuatkah??

Tempoh bertunang adalah satu tempoh persediaan dari aspek mental, fizikal, dan kewangan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dalam tempoh ini juga, pelbagai dugaan dan ujian yang datang bakal mengukur kemampuan diri untuk mempertahankan ikatan yang dimeterai, selain membuktikan sejauh mana bukti cinta dan kasih sayang yang diungkapkan sebelum ini. Itulah juga yang sedang aku lalui..Namun aku dan dia akan cuba hadapinya dengan tabah. insyaAllah=)..

Tahun 2010 yang telah aku tinggalkan

Tahun 2010  yang telah aku tinggalkan..Banyak pahit manis sedih duka yang telah aku lalui. Namun kuhadapinya dengan tabah. Dari segi kahidupan, kerjaya sehinggalah kepada percintaan semua ku lalui dengan pelbagai bentuk rasa. Namun apa yang pasti tahun 2010 juga merupakan tahun penghijrahan aku dari tittle ‘single’ kepada ‘tunangan orang’..tiada kata yang mampu kuucapkan hanyalah kata syukur..Akhirnya saling memahami dan percaya antara satu sama lain telah membawa perhubungan kami kepada ikatan pertunangan pada 10 10 10 (10 Oktober 2010) . Semoga hubungan kami sampai jua ke gerbang perkahwinan dan disatukan dengan ikatan janji untuk sehidup semati..