Thursday, February 10, 2011

Panduan Untuk Bakal Pengantin Perempuan Seperti Aku

Panduan Untuk Bakal Pengantin Perempuan Seperti Aku..hehe
1.     Jangan berbohong dengan suami kerana dengan cara ini, suami meragui kejujuran dan berprasangka buruk terhadap diri kita. Perkara ini adalah racun kehidupan rumahtangga. Oh no..no takkan sesekali..
2.    Jangan terlampau mengikut perasaan kerana ia menjadikan rumahtangga seperti neraka. Tapi kalau time pain period macam mana yer???
3.    Jika suami anda seorang yang cemburu..kita tidak perlu berlebihan berdandan atau berhias diri..heee
4.    Walaupun dengan niat baik, kita perlu berhati-hati ketika memuji orang lain di hadapan suami kita.
5.    Jangan makan sehingga terlalu kenyang kerana ia boleh merosakkan kecantikan paras rupa. Ingat tu..adui takutnyer jadi citbun..
6.    Kegembiraan kita berkait rapat dengan kegembiraan suami kita. Jika kita dapat membahagiakan suami, maka dia dapat membehagiakan kita. Oleh itu berhati2 agar tidak berlaku kebencian antara diri kita dan suami.
7.    Taat dengan suami dan hindarkan percakapan yang bersifat olok2, mengejek dan perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana itu adalah kunci perceraian.. tp kalau cemburu2 manja ok kot..ngee.
8.    Jaga kesihatan diri dan jauhi daripada penggunaan alat2 kecantikan yang bleh merosakkan kesegaran wajah dan kemanisan air muka kita..selalu aku guna pencuci, pelmbap dan toner..3 benda asas  ni penting tau..
9.    Lakukan kerja dan kewajipan kita dengan tabah n sabar
10.  Aturkan urusan rumahtangga dengan baik dan elakkan daripada orang lain mengetahui rahsia kita.

Sekian, terima kasih dari saya…info terbaik dr majalah PENGANTIN


No comments: