Saturday, October 10, 2009

AjaibNya CINTA




Cinta ada seribu keajaiban…
Namun mungkin ada di antara kita yang tidak tahu malah ada yang menyalahkan diri sendiri kerana keajaiban tersebut. Kalau aku senaraikan 1000 keajaiban cinta kang tak terbaca pula. Cukupler 5 jer dulu yer..


*ciNta tiDaK mEnGenaL usiA..

Ajaibnya cinta apabila kita boleh jatuh hati dengan seseorang yang lebih berusia dari kita yang ada setengahnya lebih tua 10 tahun ataupun dengan mereka yang lebih muda dari kita..aku bukan sajer2 tulis mcmni sebab aku pun sekarang sedang mengalaminyer..walaupun tak jauh hanya setahunjer tapi tetap sedang merasainyer juga kan..hehe
namun itu bukan mustahil kerana cinta tidak mengenal usia. sekiranya hati sudah suka setiap kekurangan pasangan kita semestinya akan diterima dengan tangan terbuka. kalau bercinta dengan pasangan seusia sekalipun tetapi menyakitkan hati tidak ada gunanya jugakan..

*deRita kEraNA ciNta..

Ada perempuan yang kena pukul, sepak, terajang dan sebagainya sampai lebam dan bengkak-bengkak tetapi masih sabar lagi dan sanggup tunggu lelaki yang sama. apabila kita tanya kenapa sanggup derita, jawapannya sebab cinta dan tidak boleh hidup tanpa lelaki itu. bagi kita yang tidak melaluinya mungkin kita boleh kata macam-macam tetapi hanya yang merasainya sahaja lebih memahami kenapa dia memilih jalan tersebut..
ajaibkan kerana cinta badan sakit pun tidak apa..tak sanggupnyer aku..

*beRuBah dEmi ciNta..

Dari kecil sampai dewasa orang tua kita jaga kita. macam-macam mereka ajar agar kita jadi insan yang sempurna. masa kecil kita ikutlah tetapi apabila sudah dewasa kita pun mulalah besar kepala. orang tua kata jangan buat bahaya tetapi kita buat juga, orang tua kata jangan merokok nanti merosakkan kesihatan, kita merokok juga.
tetapi yang ajaibnya kerana cinta manusia boleh berubah. apabila bertemu insan yang kita cintai dia beri syarat apa sekalipun tinggalkan ini, tinggalkan itu kita pasti akan ikut. contoh terdekat akuler. aku kenekan syarat jangan merokok walau sekalipun, then dengan selamba dia kata anything you wish baby..bunyi mcm sajeje nak ambik hati tapi hakikatnyer, memang dia tak sentuh langsung sepanjang pengetahuan akuler..hee
itulah ajaibnya cinta boleh merubah sekelip mata..

*tiDak aDa siApa yAnG bOLeh mENgeLak..

Tidak ada orang dalam dunia ini yang tidak mahu dicintai dan mencintai. semua orang ada perasaan tersebut. ada sesetengah orang, mereka cuba tipu diri sendiri mengatakan tidak kisah andainya tidak ada cinta dalam hidup mereka.
namun hakikat sebenarnya dia juga sama seperti orang lain yang memerlukan seseorang dalam hidupnya. oleh itu carilah cinta jangan malu untuk meluahkan perasaan kerana keajaiban cinta tidak akan ada orang boleh mengelaknya..Dulu aku pun buat2 tak kisah jer pasal cinta, tapi lepas jumpa Dia, I feel something and aku jadi kisah..ngee..


*saNGgup bErkORbaN dEmi ciNta..

Dari zaman uda dan dara, romeo dan juliet lagi sudah menunjukkan ada yang sanggup mati demi cinta. zaman inipun apa kurangnya. tetapi bezanya sekarang orang tua tidak lagi manghalang. siapa pun pilihan kita kebanyakan akan diterima dengan tangan terbuka. cubalah dihalang ada yang sanggup lari tinggalkan keluarga, biar hidup susah sekalipun tidak apa asalkan dapat bersama insan yang dicintai.
ada tidak kuasa lain yang boleh buat manusia jadi begitu sekali..
tidak ada kan??
itulah ajaibnya cinta…

Kopi Itu Pahit




Kopi itu pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan??

Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitanya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.

aKu tiDak maHu meNjaDi dEwaSa yanG bAik haTi




Aku tidak tahu kenapa aku terpanggil untuk create sebuah blog untuk tatapan rakan semua..sedangkan aku bukan seorang yang bersifat terbuka untuk meluahkan nukilan rasa di hati kepada sesiapapun walhal teman baikku sendiri..

Namun entah kekuatan dari mana aku perolehi aku gagahi jua..
setelah sekian lama aku bersembunyi dari perasaan takut, rasa serba salah, gusar dan resah..
aku tidak tahu kenapa aku perlu berperasaan seperti ini..


Kini aku sedar, perkara yang telah terjadi akan tetap terjadi..tiada satu apapun yang dapat mengembalikan perkara yang telah berlalu..
atas kesedaran inilah aku bangun dari perasaan serba salahku yang lalu, aku bangun dari terus menghukum diri sendiri, aku bangun dari mendiamkan diri..


Aku bukan selemah itu hanya mampu mendengar tanpa mahu mempertahankan diri sendiri..
tapi mengenangkan perhubungan yang pernah terjalin dahulu, aku bersabar.. mengenangkan kenangan indah yang takkan pernah kulupakan, aku berdiam diri..
kita manusia hanya insan biasa..tiada yang sempurna..


Setiap perkara yang telah dan akan terjadi, yang pastinya belum tentu akan dapat memuaskan hati semua orang kerana kita dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang tidak pernah sempurna..
aku hadapi semua ini dengan sokongan teman-teman dah si dia yang tersayang yang sentiasa ada ketika ku memerlukannya..


Aku tidak mahu menjadi orang dewasa yang baik hati..atau tabah atau segala yang positif sahaja. aku ingin menjadi orang dewasa yang juga lemah..gentar, gusar dan sebagainya. pendek kata, semua sifat yang dimiliki oleh manusia. hanya dengan itu barulah aku boleh kenal erti kesilapan untuk diperbaiki..bersama si dia yang amat berharga di sisi.

Monday, October 5, 2009

MemikiRkaN kaTa-kaTa yaNg sEsuai..


                                                          


Aku suka mendengar kisah cinta sejati langit dan laut. Sangat unik dan menarik sekali. Hinggalah sekarang kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Sesekali aku kepinginkankan kisah cinta aku dan DIA seteguh cinta langit dan laut.
Dengan rasa yang satu ini mengajar aku apa makna cinta..Cinta yang luhur..Cinta yang sejati..Cinta yang banyak menuntut pengorbanan..Cinta yang mengajar apa itu realiti kehidupan..Cinta yang mengajar manis dan pahitnya hidup dan juga cinta yang banyak mengajar aku erti keikhlasan, kesetiaan,.dan yang pastinya cinta itu akan hadir dalam hati semua individu..bagaimana cinta itu terjadi masih tidak dapat aku rungkaikan dengan kata-kata..
        Dengan cinta membuatkan diriku berbahagia malah dengan cinta banyak mengubah aku..Aku bukan aku yang dulu.. Pengalaman banyak mendewasakan aku.. Pengalaman mengajar aku segalanya..kini aku lebih tabah dan matang menghadapi liku-liku kehidupan yang pastinya akan lebih serik dan pedih dari sebelumnya..
Semoga setiap coretan dan isi hati ini akan dapat kukongsikan bersama yang tersayang yang sangat2 aku cintai. Rasanya tak cukup dengan kata2 sahaja untuk aku luahkan bertapa aku menyintai dan menyayangi insan yang bernama Muhammad Muntasir ini…Satu nama yang sangat unik…belum ada sesape yang mempunyai nama seperti itu…menunjukkan dia tiada duanya...
        Andainya kau dapat dengar luahan hatiku dan membaca setiap patah yang terlukis indah di atas kertas tak bernyawa ini..alangkah bahagianya..Sayang untuk sekalian kalinya aku ingin katakan betapa aku menyintai dirimu dan betapa dirimu selalu ada di dalam fikiranku…Janganlah ada lagi dugaan yang maha beratnya di antara kita sepanjang perhubungan kita ini..Aku takut hatimu goyah untuk terus mencintaiku..
Aku cuba untuk jadi insan yang sempurna di matamu..insan yang menjadi kesayanganmu..insan yang kau dambakan dan insan yang ingin kau miliki..Aku harap akuler gadis itu…gadis yang sentiasa ada di dalam fikiranmu… Sekurang2nya kau tahu bertapa aku tak ingin sekelumit pun untuk melukai hatimu apatah lagi untuk membuatkan mu rasa sangsi terhadap ku..maafkan daku sayang andainya selama kita berkasih ini, ada kata dan tingkah lakuku yang tak berkenan di matamu..aku memohon kemaafan darimu sayang..aku tahu..aku banyak sekali melukakan dirimu tanpa ku sedari..
Semoga semua yang berlaku di antara kita ada hukmahnya yang tak ternilai..Semoga kita dapat menyulam cinta dan kasih hingga ke akhirnya..hingga satu hari nanti, sehingga satu saat nanti aku menjadi suri hatimu…akan ku tunggu saat itu datang nanti….
         Memikirkan kata2 yang sesuai untuk menggambarkan apa yang ku rasa kini…mungkin lega, terharu, gembira, bahagia..tapi yang pastinya aku ingin menggambarkan perasaan yang indah2 sahaja…bak hati yang berbunga2…hehe…
        Bagaimana yer perkenalan antara kita bermula??Bila dikenangkan kembali..emm indahnyer saat itu..sejujurnya pertama kali aku melihatmu pada hari itu hati ku telah mengatakan sesuatu yang tak pasti..apakah perasaan yang sedang aku alami ini..kenapa aku berperasaan seperti ini??