Saturday, October 10, 2009

AjaibNya CINTA




Cinta ada seribu keajaiban…
Namun mungkin ada di antara kita yang tidak tahu malah ada yang menyalahkan diri sendiri kerana keajaiban tersebut. Kalau aku senaraikan 1000 keajaiban cinta kang tak terbaca pula. Cukupler 5 jer dulu yer..


*ciNta tiDaK mEnGenaL usiA..

Ajaibnya cinta apabila kita boleh jatuh hati dengan seseorang yang lebih berusia dari kita yang ada setengahnya lebih tua 10 tahun ataupun dengan mereka yang lebih muda dari kita..aku bukan sajer2 tulis mcmni sebab aku pun sekarang sedang mengalaminyer..walaupun tak jauh hanya setahunjer tapi tetap sedang merasainyer juga kan..hehe
namun itu bukan mustahil kerana cinta tidak mengenal usia. sekiranya hati sudah suka setiap kekurangan pasangan kita semestinya akan diterima dengan tangan terbuka. kalau bercinta dengan pasangan seusia sekalipun tetapi menyakitkan hati tidak ada gunanya jugakan..

*deRita kEraNA ciNta..

Ada perempuan yang kena pukul, sepak, terajang dan sebagainya sampai lebam dan bengkak-bengkak tetapi masih sabar lagi dan sanggup tunggu lelaki yang sama. apabila kita tanya kenapa sanggup derita, jawapannya sebab cinta dan tidak boleh hidup tanpa lelaki itu. bagi kita yang tidak melaluinya mungkin kita boleh kata macam-macam tetapi hanya yang merasainya sahaja lebih memahami kenapa dia memilih jalan tersebut..
ajaibkan kerana cinta badan sakit pun tidak apa..tak sanggupnyer aku..

*beRuBah dEmi ciNta..

Dari kecil sampai dewasa orang tua kita jaga kita. macam-macam mereka ajar agar kita jadi insan yang sempurna. masa kecil kita ikutlah tetapi apabila sudah dewasa kita pun mulalah besar kepala. orang tua kata jangan buat bahaya tetapi kita buat juga, orang tua kata jangan merokok nanti merosakkan kesihatan, kita merokok juga.
tetapi yang ajaibnya kerana cinta manusia boleh berubah. apabila bertemu insan yang kita cintai dia beri syarat apa sekalipun tinggalkan ini, tinggalkan itu kita pasti akan ikut. contoh terdekat akuler. aku kenekan syarat jangan merokok walau sekalipun, then dengan selamba dia kata anything you wish baby..bunyi mcm sajeje nak ambik hati tapi hakikatnyer, memang dia tak sentuh langsung sepanjang pengetahuan akuler..hee
itulah ajaibnya cinta boleh merubah sekelip mata..

*tiDak aDa siApa yAnG bOLeh mENgeLak..

Tidak ada orang dalam dunia ini yang tidak mahu dicintai dan mencintai. semua orang ada perasaan tersebut. ada sesetengah orang, mereka cuba tipu diri sendiri mengatakan tidak kisah andainya tidak ada cinta dalam hidup mereka.
namun hakikat sebenarnya dia juga sama seperti orang lain yang memerlukan seseorang dalam hidupnya. oleh itu carilah cinta jangan malu untuk meluahkan perasaan kerana keajaiban cinta tidak akan ada orang boleh mengelaknya..Dulu aku pun buat2 tak kisah jer pasal cinta, tapi lepas jumpa Dia, I feel something and aku jadi kisah..ngee..


*saNGgup bErkORbaN dEmi ciNta..

Dari zaman uda dan dara, romeo dan juliet lagi sudah menunjukkan ada yang sanggup mati demi cinta. zaman inipun apa kurangnya. tetapi bezanya sekarang orang tua tidak lagi manghalang. siapa pun pilihan kita kebanyakan akan diterima dengan tangan terbuka. cubalah dihalang ada yang sanggup lari tinggalkan keluarga, biar hidup susah sekalipun tidak apa asalkan dapat bersama insan yang dicintai.
ada tidak kuasa lain yang boleh buat manusia jadi begitu sekali..
tidak ada kan??
itulah ajaibnya cinta…

No comments: