Saturday, October 10, 2009

aKu tiDak maHu meNjaDi dEwaSa yanG bAik haTi




Aku tidak tahu kenapa aku terpanggil untuk create sebuah blog untuk tatapan rakan semua..sedangkan aku bukan seorang yang bersifat terbuka untuk meluahkan nukilan rasa di hati kepada sesiapapun walhal teman baikku sendiri..

Namun entah kekuatan dari mana aku perolehi aku gagahi jua..
setelah sekian lama aku bersembunyi dari perasaan takut, rasa serba salah, gusar dan resah..
aku tidak tahu kenapa aku perlu berperasaan seperti ini..


Kini aku sedar, perkara yang telah terjadi akan tetap terjadi..tiada satu apapun yang dapat mengembalikan perkara yang telah berlalu..
atas kesedaran inilah aku bangun dari perasaan serba salahku yang lalu, aku bangun dari terus menghukum diri sendiri, aku bangun dari mendiamkan diri..


Aku bukan selemah itu hanya mampu mendengar tanpa mahu mempertahankan diri sendiri..
tapi mengenangkan perhubungan yang pernah terjalin dahulu, aku bersabar.. mengenangkan kenangan indah yang takkan pernah kulupakan, aku berdiam diri..
kita manusia hanya insan biasa..tiada yang sempurna..


Setiap perkara yang telah dan akan terjadi, yang pastinya belum tentu akan dapat memuaskan hati semua orang kerana kita dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang tidak pernah sempurna..
aku hadapi semua ini dengan sokongan teman-teman dah si dia yang tersayang yang sentiasa ada ketika ku memerlukannya..


Aku tidak mahu menjadi orang dewasa yang baik hati..atau tabah atau segala yang positif sahaja. aku ingin menjadi orang dewasa yang juga lemah..gentar, gusar dan sebagainya. pendek kata, semua sifat yang dimiliki oleh manusia. hanya dengan itu barulah aku boleh kenal erti kesilapan untuk diperbaiki..bersama si dia yang amat berharga di sisi.

No comments: