Monday, February 28, 2011

“ADAKAH DIA BENAR-BENAR MENCINTAIKU?”

“ADAKAH DIA BENAR-BENAR MENCINTAIKU?”

Setiap individu mempunyai cara berbeza dalam menyampaikan isi hatinya. Ada yang suka berterus-terang melalui kata-kata, ada yang mebuktikannya melalui perbuatan atau perilaku dan ada pula yang langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kumpulan ketiga inilah yang selalunya mengakibatkan pasangannya berkecil hati atau terasa seperti tidak dihargai sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. Bagaimana jika pasangan anda juga termasuk dalam kumpulan ketiga ini?? Jangan bimbang kerana…

1.     Orang yang mencintai anda tidak perlu memberikan alasan punca dia mencintai anda. Yang dia tahu, di mata dia andalah satu-satunya.
2.    Orang yang mencintai anda mungkin jarang memberikan pujian tetapi di dalam hatinya anda adalah yang tebaik dan hanya dia sahaja yang tahu.
3.    Orang yang mencintai anda tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin anda mempercayainya dan dia ingin memberikan hidup yang bahagia kepada anda.
4.    Orang yang mencintai anda mungkin tidak mengingati tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun anda tetapi dia tahu bahawa setiap detik yang dilalui, dia tetap mencintai anda.
5.    Orang yang mencintai anda mungkin tidak mahu melafazkan “aku mencintaimu” dengan begitu mudah kerana segala yang dia lakukan untuk anda melalui perbuatan adalah untuk menunjukkan bahawa dirinya sememangnya mencintai anda.
6.    Orang yang mencintai anda selalunya berusaha membuatkan anda tersenyum dan tertawa walaupun kadangkala caranya membingungkan.
7.    Orang yang mencintai anda mungkin akan marah atau mengeluh jika anda tidak mebalas pesanan atau panggilannya kerana dia peduli dan tidak ingin sesuatu yang buruk terjadi pada anda.
8.    Orang yang mencintai anda hanya menjatuhkan air matanya di hadapan anda. Ketika anda mencuba untuk menghapus air matanya, anda telah menyentuh hatinya dan hatinya selalu berdegup untuk anda.
9.    Orang yang mencintai anda akan mengingati setiap kata yang anda ucapkan, bahkan yang tidak disengajakan dan ia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat pada waktunya.
10.  Orang yang mencintai anda akan membalut hati anda yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi dan dia akan memberikan anda apa-apa sahaja yang terbaik walaupun ia terpaksa menyakiti hatinya sendiri.

     Terima kasih kepada info pesona dan jika si dia merupakan teman hidup anda tergolong dalam golongan mereka yang tidak pandai berkata-kata tentang sejauh mana dia menyintai anda, maka bersyukurlah kerana dia kini telahpun menjadi milikmu…

3 comments:

lalalililulu said...

yuhuuuu......

mr.blackcat said...

org yang mencintai anda akan : 1.selalu nasihat kearah keagamaan..
2.tak suke kongsi masalah tapi suke dgr masalah korang
3.tak suke mengkongkong tapi tak kisah kalau dikongkong~~
4.selalu menjaga hati bak kate pepatah bior dia buat aku jangan aku buat dia...
5.slumber dekk je kalau gadoh sebab tak suke panjangkan masalah..tunggu dah sejuk baru balas sms cakap "cik adik marah lagi??"

. said...

hi dear done follow sini.. follow back taw for makeup tutorial.. tengkiuu :)