Monday, February 28, 2011

SEJAUH MANA BERTAHAN PANGGILAN MANJA???

SEJAUH MANA BERTAHAN PANGGILAN MANJA???

 Pada hari-hari biasa ada pasangan menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘darling’ tetapi apabila bergaduh keadaan bertukar menjadi sebaliknya. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘kau’ , ‘engkau’, ‘perempuan’ dan ‘jantan’. Ini akan menyebabkan pasangannya merasakan dirinya begitu rendah sekali.
Walau bagaimanapun perasaan dan keadaannya sekali pun, apa kata setiap pasangan kekalkan panggilan yang sama terutamanya sewaktu bertengkar, sudah pasti pertengkaran dan api kemarahan dapat dikawal dan keadaan akan menjadi lebih reda. Ia ibarat ‘kata-kata ajaib’ yang akan mencairkan hati si dia. Apatah lagi ianya dilontarkan dengan nada yang lembut dan manja.
Sampai hatikah pasangan anda hendak melanjutkan pergaduhan andainya anda menjawab seperti ini:
·        “Sampai hati Sayang buat Baby macam tu..Kenapa Sayang?”
·        “Papa dah tak sayangkan Mama ker. Kenapa buat Mama mcm ni?”
·        “Dear kenapa nie, Darl ada buat salah ker?”
Wah, dengan cara seperti ini pasti pasangan anda tidak smpai hati untuk melukakan hati anda dan melanjutkan pergaduhan lagi. Percayalah. Tapi apa yg dapat kita perhatikan sekarang ramai pasangan apabila sakit hati dan geram dengan pasangan akan mengeluarkan kata-kata yang kasar sewaktu berlakunya perselisihan faham. Umpamanya:
·        “Sampai hati engkau buat aku mcmni. Kenapa?”
·        “Engkau nie dah tak sayang aku lagi ker?”
·        “Hei perempuan, aku dah tak tahan dengan perangai kau?”
Ingatlah bahawa setiap panggilan ikhlas yang anda lafazkan buat pasangan anda memberi makna yang mendalam terhadap dirinya.
Sekian, terima kasih dari saya…info terbaik dari Info Pesona.


No comments: